Connect with us

Oh! Media

“Saya Boleh Pergi Bukit Aman, Tiada Masalah” – Hadi Awang Tak Gentar Isu Dakwa Anwar Ejen Israel

Oh! Politik

“Saya Boleh Pergi Bukit Aman, Tiada Masalah” – Hadi Awang Tak Gentar Isu Dakwa Anwar Ejen Israel

Sebelum ni kami ada melaporkan yang Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin telah menyatakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menyiasat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, Presiden Pas itu sudah pun bersedia untuk dipanggil memberi keterangan mengenai perkara itu.

Beliau juga menjelaskannya secara terbuka untuk disiasat oleh pihak polis, jika benar beliau ada membuat dakwaan sedemikian.

Saya boleh pergi ke Bukit Aman, tiada masalah. Saya terbuka untuk siasatan.

Tapi sekarang ini tiada panggilan daripada Bukit Aman.

Hadi Awang mengatakan yang tiada ucapan seperti itu dibuatnya ketika berceramah. Jadi, sebab itu lah beliau tidak takut.

Saya tidak kata, dia (pihak yang mendakwa saya menunduh Anwar) yang kata, serah kepada dia. Bukit Aman tahu saya tidak kata.

Ceramah saya dirakam, kenyataan media (akhbar) saya Bukit Aman baca.

Saya kata ke tidak kata itu terpulang. Saya bukan sekali dua dipanggil Bukit Aman

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas