Connect with us

Oh! Media

Pelitup Muka Tajuddin Tarik Perhatian, Kerap Buka Sehingga ‘Ditegur’ Wartawan

Oh! Negara

Pelitup Muka Tajuddin Tarik Perhatian, Kerap Buka Sehingga ‘Ditegur’ Wartawan

Penggunaan pelitup muka adalah perkara biasa bagi masyarakat kini sehingga mendapatkan permintaan yang tinggi untuk dibeli.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Bergaduh Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Ia digunakan bagi menapis titisan halus yang keluar semasa bersin atau batuk sebagai salah satu usaha mencegah penularan virus kepada orang lain.

Oleh itu, adalah wajib bagi kita untuk mengenakannya jika berada di tempat yang menjadi lokasi orang ramai berkumpul.

Pelitup muka tarik perhatian

Namun, baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman telah menarik perhatian netizen selepas mengenakan mask yang unik.

Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman

Hal itu berlaku ketika beliau ditemu bual oleh pihak media ketika selesai menghadiri mesyuarat Parti Barisan Nasional bagi mencadangkan nama Perdana Menteri kesembilan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh TheVibes.com di laman Twitter, netizen dapat melihat keunikan pelitup muka yang disarung oleh beliau.

Terdapat juga pengguna laman Twitter bernama @InjangNation yang mengakui harga mask tersebut bernilai lebih daripada RM1,000.

https://twitter.com/InjangNation/status/1427668611368251402

Hal tersebut menarik perhatian netizen oleh kerana beliau sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melibatkan pemakaian pelitup muka dalam satu sidang media.

Walaubagaimanapun, beliau yang tidak mengenakan mask pada waktu itu sudahpun menerima kompaun daripada pihak polis.

Wartawan ‘tegur’ pakai mask

Selain daripada reka bentuk mask yang unik, terdapat kejadian yang mana seorang wartawan yang ‘menegurnya’ untuk memakai mask dengan betul sebelum ditemubual.

Ia bukanlah teguran yang meninggikan suara, sebaliknya hanya teguran manja agar tidak terjadi sebarang kemungkinan melibatkan penularan wabak.

Kedengaran juga suara wartawan media lain yang turut ketawa sebaik sahaja mereka menyuruh Tajuddin menyarung pelitup mukanya semula.

Netizen turut meninggalkan komen

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut bertanya-tanya tentang jenis mask yang disarungnya sehingga ada yang terharu melihat keunikannya.

Video yang dikongsikan itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 70,000 kali tontonan serta mendapat 295 tweet semula.

Kredit: Twitter TheVibes.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas