Connect with us

Oh! Media

“Kes Saman Adalah Hal Peribadi, Tak Akan Jejas Hubungan Kerajaan Negeri Dan Persekutuan” – Sanusi

Sanusi

Oh! Negara

“Kes Saman Adalah Hal Peribadi, Tak Akan Jejas Hubungan Kerajaan Negeri Dan Persekutuan” – Sanusi

Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dalam ucapannya ketika kempen pilihan raya pada 13 November lalu.

BACA: Perdana Menteri Failkan Saman Ke Atas MB Kedah Muhammad Sanusi, Ini Puncanya!

Meskipun berdepan dengan pertuduhan itu, Sanusi menegaskan bahawa isu saman tersebut merupakan hal peribadi di antara dirinya dengan Anwar dan sama sekali tidak akan menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

IKLAN

Kes saman itu antara Anwar Ibrahim dengan Sanusi, sana kerajaan Malaysia sini kerajaan negeri. Kes saman tidaklah merenggangkan hubungan kerajaan negeri dan pusat.

Jadi saya tidak meletakkan itu sebagai satu asbab kepada punca pemisahan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu juga menyatakan bahawa adalah tidak profesional sekiranya Anwar menggunakan isu terbabit untuk menganaktirikan Kedah.

Tak perlu, itu hal dia dan saya, kalau dia ambil hal itu untuk menganaktirikan kita, saya rasa dia ‘koyak’ la. Panas tak pa, jangan koyak

Kelmarin, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilapor memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Dakwa Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas