Connect with us

Oh! Media

Trending

Annuar Tegaskan Tiada Perarakan, Hanya Pergerakan Bawa Patung Sahaja Dibenarkan

Setiap tahun, penganut agama Hindu pasti akan menyambut perayaan Thaipusam. Di Malaysia, perayaan Thaipusam selalunya disambut di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves. Tapi dengan wabak pandemik yang melanda negara kita sekarang, adakah ia masih dibenarkan untuk disambut?

Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves. Ia disahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melaluinya tweetnya di Twitter.

IKLAN

Ia termasuk pergerakan pedati tersebut dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari dan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Januari. Namun begitu, ada beberapa syarat dan SOP dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang harus mereka patuhi.

Selain daripada tiada muzik dan lain-lain dibenarkan, hanya 10 orang maksimum sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam acara ini. Selain itu, chariot ataupun pedati yang dibawa tidak dibenarkan untuk berhenti di mana-mana tempat.

Namun, ada beberapa akhbar yang mungkin tersalah faham dengan maksud ‘pergerakan pedati’ dan menukarnya kepada ‘perarakan’. Annuar Musa kemudian sekali lagi menegaskan yang tiada sebarang perarakan dibenarkan, sebaliknya hanya pergerakan membawa patung Dewa Murugan ke Batu Caves.

Walaupun ada segelintir netizen yang menentang keputusan tersebut, namun ia dah pun diumukan secara rasmi. Perayaan itu juga bakal disambut lebih kurang tiga hari je lagi. Jadi harapnya bila dah ada kelonggaran yang diberikan, masing-masing dapat ikutlah peraturan yang ditetapkan. Jangan ada kluster baru pula nanti ya.

Kredit: Twitter Annuar Musa

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas