Connect with us

Oh! Media

Enggan Bubar DUN, Zahid Hamidi Dakwa PH ‘Tamak Kuasa’

Oh! Negara

Enggan Bubar DUN, Zahid Hamidi Dakwa PH ‘Tamak Kuasa’

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikai dakwaan pihak pembangkang yang menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai tamak kuasa kerana meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Keputusan Pembangkang Tak Bubar DUN Bukti Tak Sedia Berdepan BN” – Zahid Hamidi

Memetik laporan daripada Awani, sebaliknya, Ahmad Zahid mengatakan bahawa pihak pembangkanglah merupakan gabungan politik tamak kuasa kerana enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka hanya kerana ingin terus kekal mempertahankan kuasa.

Enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan dan sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.

BN jika tamak kuasa seperti mereka boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN. Alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa rakyat untuk menolak gabungan parti yang didakwa tamakkan kuasa serta tidak mempedulikan masa depan rakyat dan negara hanya kerana untuk menjaga kepentingan politik mereka.

Terdahulu, pihak DAP menghormati keputusan pembubaran Parlimen yang dibuat namun, kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang melibatkan tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas