Connect with us

Oh! Media

“Keputusan Pembangkang Tak Bubar DUN Bukti Tak Sedia Berdepan BN” – Zahid Hamidi

Zahidhamidi

Oh! Negara

“Keputusan Pembangkang Tak Bubar DUN Bukti Tak Sedia Berdepan BN” – Zahid Hamidi

Dikala Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkeras mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera, lain pula dengan pihak pembangkang yang memaklumkan bahawa mereka sama sekali tidak akan mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan dengan membubarkan DUN.

BACA: “Kami Dah Selidik Dengan MetMalaysia, Kita Adakan PRU Sebelum Banjir” – Zahid Hamidi

Keputusan itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil kira jangkaan banjir yang akan melanda seluruh negeri seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

IKLAN
Screenshot 2022 10 06 at 132519
Sumber Awani

Zahid Hamidi anggap pembangkang tak bersedia berdepan BN

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa keputusan dibuat Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan bukti ketidaksediaan pembangkang dalam menghadapi BN.

Inilah kebimbangan utama PH dan musuh BN. Maka, bagi mengelak kekalahan ini, mereka terus cuba elak daripada berdepan PRU yang tidak memihak kepada kemenangan mereka.

Mereka sanggup arah kerajaan negeri mereka agar tidak bubar DUN atas ketakutan ini, sedangkan mereka juga bising apabila membuat pilihan berasingan sebelum ini.

Dakwa Ahmad Zahid lagi, pihak pembangkang juga sering menjadikan kos pilihan raya yang tinggi sebagai alasan sedangkan tindakan mereka untuk tidak membubarkan DUN merupakan pembaziran kos dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

Kali ini pembangkang gunakan isu musim tengkujuh pula untuk alasan elak pilihan raya.

Alasan ini basi dan menyerlahkan lagi ketidakberanian pembangkang berdepan BN.

Alasan pembangkang ini seolah-olah pembangkang tidak yakin dan memperkecilkan pengalaman dan profesionalisme institusi awam termasuk agensi kesihatan, keselamatan dan agensi bencana.

Apa pandangan korang tentang perkara ni?

Kredit: Sinar Harian | Awani | Facebook Zahid Hamidi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas