Connect with us

Oh! Media

“KKM Puas Hati Dengan Pematuhan SOP PRN Melaka” – Khairy Jamaluddin

Oh! Negara

“KKM Puas Hati Dengan Pematuhan SOP PRN Melaka” – Khairy Jamaluddin

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlangsung pada 20 November ini dan Kementerian Kesihatan (KKM) berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) setakat ini.

ADVERTISEMENT

BACA : PAS Akan Guna Lambang Perikatan Nasional

Menurut laporan Berita Harian, pemimpin politik dinasihatkan supaya menunjukkan kepimpinan melalui teladan supaya rakyat mengikut sama SOP yang dikeluarkan dan ianya dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Penjarakan sosial agak sukar sekiranya pemimpin politik membawa pengiring yang terlalu ramai ketika turun ke lapangan. Oleh sebab itu, mereka juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengiring. 

Secara keseluruhan, KKM melihat pematuhan SOP adalah baik, namun malangnya ada juga yang tidak patuh seperti pemimpin dan ahli politik. Sepatutnya mereka menunjukkan teladan yang baik.

Terbaiklah! Jangan ulangi kesilapan di PRN Sabah sebelum ini. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan tak kira siapapun anda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas