Connect with us

Oh! Media

Bursa Malaysia Catat Peningkatan Tertinggi Dalam 15 Bulan Terakhir Sebaik Sahaja PM-10 Diumumkan

bursa malaysia

Oh! Negara

Bursa Malaysia Catat Peningkatan Tertinggi Dalam 15 Bulan Terakhir Sebaik Sahaja PM-10 Diumumkan

Akhirnya Malaysia ada Perdana Menteri selepas Agong memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

ADVERTISEMENT

Berita gembira ini bukan hanya dinantikan rakyat Malaysia tetapi turut diterima baik pelabur dalam dan luar negara hingga memberi impak drastik kepada Bursa Malaysia.

Peningkatan saham ini dapat dilihat sejak pengumuman PM pada jam 1.32 petang tadi di mana Bursa Malaysia melonjak 3%.

Memetik laporan BERNAMA, Bursa Malaysia dijangka terus meningkat selepas mengakhiri sesi pagi dengan kukuh. Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas