Connect with us

Oh! Media

Anak Fauzi Marzuki, Nadia Jadi Sasaran Netizen Korek Rahsia Najib Kahwin 2

najib

Oh! Negara

Anak Fauzi Marzuki, Nadia Jadi Sasaran Netizen Korek Rahsia Najib Kahwin 2

Nampaknya sehingga ke hari ini masih belum ada pengesahan dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang gambar yang tersebar mendakwa dia sudah mengahwini isteri kedua bernama Hashimah Ramli.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan GF…”- Pengacara Wanita Dakwa Sudah Lama Tahu Tentang Hubungan Najib Dengan Orang Kedua

Disebabkan itu, rakyat masih tertanya-tanya tentang kesahihan gambar berkenaan dan tidak berpuas hati kerana hanya orang luar yang mendakwa gambar itu betul.

Netizen cuba korek kisah sebenar dengan anak perempuan Shimah. “Betul ke awak anak tiri Najib”.- Soal Netizen.

nadia fauzi

Memetik laporan mStar, Nadia Fauzi dikatakan menjadi sasaran netizen untuk mendapatkan kepastian. Nadia yang merupakan anak kepada komposer terkenal, Fauzi Marzuki bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan yang tersebar terhadap ibunya.

Nadia yang turut ada dalam gambar berdiri sebelah Najib itu bagaimanapun hanya memberi komen tentang gambar kek yang tersebar.

Kek tu sedap. Kek pun kena kutuk, kesian. – Komennya.

Bekas suami Shimah tidak mahu masuk campur..

fauzi marzuki

mStar juga melaporkan Fauzi enggan mengulas apa-apa yang berlaku dan mengakui dirinya tidak ada apa-apa kaitan selepas berpisah.

Perkahwinan dia dengan Najib tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia. – Katanya.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas