Connect with us

Oh! Media

IPOH (OM)

Oh! +

Peraduan Kongsikan Ipoh Anda Berjaya! Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Ipoh Korang!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, OLDTOWN White Coffee telah berkolaborasi bersama Oh! Media menganjurkan peraduan Kongsikan Ipoh Anda.

Ipoh dipilih kerana ia merupakan tempat lahirnya OLDTOWN White Coffee dan sering menjadi lokasi tumpuan masyarakat yang merindukan suasana yang tenang dengan pilihan makanan yang lazat.

IKLAN

Lebih 500 penyertaan diterima. Wow!

Perkongsian pengikut di Oh! Media & BeautifulNara

Peraduan yang dianjurkan 30 Ogos sehingga 16 September yang lalu turut disiarkan di halaman Facebook BeautifulNara, GoodyMY serta Goody25.

Sambutan yang tidak dijangka, kami telah menerima lebih daripada 500 penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berkongsikan kenangan dan memori merek di Ipoh. Terima kasih!

Kami kongsikan salah seorang daripada 3 orang pemenang utama peraduan Kongsikan Ipoh Anda, Siti NurSyahadah Syada. Dia telah berjaya memenangi model miniatur Ipoh (hasil sentuhan oleh artis miniatur berbakat, PicoWorm, produk OLDTOWN White Coffee dan hadiah wang tunai bernilai RM250.

Teruja betul kami tengok dia unboxing hadiah. Paling best mestilah dapat miniatur Ipoh tu!

Inspirasi miniatur dari kenangan masyarakat Malaysia

Bukan senang nak bina miniatur ni, seni yang halus dan kesabaran yang tinggi diperlukan untuk meluahkan dalam bentuk karya. 

Mendapat inspirasi daripada perkongsian masyarakat Malaysia tentang Ipoh. Picoworm, berjaya menerjemahkannya menjadi satu realiti.  

Kalau korang ingat juga, kami ada beritahu yang video dan gambar kenangan yang dikongsikan akan diabadikan dalam video OLDTOWN White Coffee x Oh! Media. Haa.. Ni kami nak share hasil video tu bersama korang.

Korang juga boleh tengok bagaimana Picoworm menceritakan pengalamannya membina miniatur ni.

Terima kasih kami ucapkan kepada OLDTOWN White Coffee dan semua followers Oh! Media yang sudi berkongsikan memori korang!

Kredit: Siti Nursyahadah Syada

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! +

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas