Oh! Podcast
Usamah Zaid Kongsi Cerita Disebalik Ejen Ali 2 Yang Orang Tak Tahu!
Filem Ejen Ali The Movie merupakan hasil usaha besar Usamah Zaid dari WAU Animation bersama Primeworks Studios. Ia mengambil masa lebih dua tahun untuk disiapkan dengan bajet sebanyak RM6.5 juta. Pasukan produksi yang terdiri daripada lebih 80 animator dan tenaga kreatif tempatan telah bekerja keras bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa. Usaha mereka terbukti berjaya apabila filem ini mencatat kutipan tertinggi ketika itu bagi filem animasi tempatan, iaitu sebanyak RM50 juta!
Bagi sekuelnya, Ejen Ali The Movie 2, bajet produksi telah meningkat kepada RM10 juta dan melibatkan lebih ramai animator serta pereka tempatan. Visual turut dipertingkatkan dengan penekanan khas pada struktur muka, tekstur rambut, dan rekaan sut SATRIA yang lebih futuristik dan dinamik.
WAU Animation sekali lagi membuktikan bahawa filem animasi tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi apabila mereka berjaya meraih kutipan memberangsangkan, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM55.1 juta!
Dalam episod Oh! Podcast kali ini, Usamah Zaid berkongsi sedikit sebanyak tentang proses pembikinan Ejen Ali The Movie 2. Beliau turut mendedahkan beberapa perkara menarik yang mungkin tidak diketahui oleh penonton dan peminat setia Ejen Ali. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jangan lupa tonton episod penuh Oh! Podcast kali ini!
