Connect with us

Oh! Media

Sukan Indoor Atau Outdoor? Mana Satu?

Oh! Podcast

Sukan Indoor Atau Outdoor? Mana Satu?

Semua mesti suka bersukan kan? Ye lah sukan ni merupakan satu kegiatan yang sihat untuk kecergasan badan kita, tak kira sama ada sukan outdoor ataupun indoor

Badminton, ping-pong, catur atau e-sport dan banyak lagi merupakan sukan indoor yang digemari ramai untuk dilakukan setiap hari. Bola sepak, bola baling, hoki pula antara sukan outdoor yang popular.

Lagi banyak kita mengeluarkan peluh, lagi kuat stamina dalam diri. Ada antara kita jadikan sukan sebagai hobi. Tak semua jadikan sukan itu sebagai keutamaan mereka kerana terlalu sibuk dengan kehidupan.

IKLAN

Terdapat beberapa kebaikan sukan indoor dan outdoor:

Indoor:

  1. Dapat meningkatkan kecergasan jasmani dengan meningkatkan denyutan jantung, menguatkan otot dan meningkatkan daya tahan.
  2. Sukan indoor dapat mengurangkan kita terdedah daripada cuaca panas atau hujan yang ekstrem dan merupakan pilihan yang selamat bagi individu yang kurang gemar dengan cuaca di Malaysia 
  3. Sukan indoor sering dilakukan di dalam bangunan atau di pusat sukan. Jadi ini memudahkan kita untuk akses ketika bersukan tanpa mengira musim atau keadaan cuaca dan banyak kemudahan infrastruktur yang diperlukan. 

Outdoor:

  1. Bersatu dengan alam semula jadi sebab dapat cuaca segar dan pemandangan yang indah sambil bersukan. Kita dapat hirup udara yang segar sambil bersukan yang mampu meningkatkan kesihatan fizikal dan juga mental.
  2. Membantu dalam meningkatkan hubungan sosial untuk berinteraksi sesama kumpulan. Aktiviti sukan seperti berkayak menjadi peluang yang baik untuk kita berkumpul bersama rakan atau keluarga yang dapat menguatkan lagi hubungan sosial sambil bersantai.
  3. Suasana sukan outdoor berbeza dengan indoor kerana kawasan yang digunakan sangat luas tanpa terhad. Kalau anda melibatkan diri dalam pertandingan sukan outdoor, suasana lebih meriah apabila orang ramai datang serta membuatkan diri anda lebih semangat untuk bersaing. 

Tak kira lah sukan indoor atau outdoor masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Paling penting bersukan atas minat sendiri tanpa rasa terbeban dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri. Gaya hidup sihat mampu mempengaruhi kehidupan kita sama ada kesihatan mental dan fizikal.

Kredit: Sab | [email protected]

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Aqinna B
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Ke Atas