Oh! Podcast
Lagu “Nah” Bagi Masyarakat Sedar Bahawa Budaya Menunding Jari Masih Menjadi Kebiasaan Dalam Diri Kita.
Single terbaru Sophia Liana “Nah” telah meraih 125,000 tontonan di Youtube dalam tempoh masa 3 bulan sahaja.
Lirik yang dikarang sendiri oleh Sophia dan Mambang dengan kerjasama dari segi melodi dan komposer bersama Zizi Kirana.

Lagu “Nah” yang berkisarkan mengenai isu yang kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Apa yang Sophia mengadaptasikan isu dalam lagu ini dimana ramai orang yang masih suka menuding jari atau salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab dengan kesilapan atau perbuatan diri sendiri.

Bagi yang mengenali Sophia Liana, Sophia Liana merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama Azira Syafinaz dan juga Cik Manggis.
Sophia yang mula dikenali dalam De Fam dan Budak Ngam dalam Dansa Dan Sing mengatakan bahawa dia akan akan teruskan membina nama dalam bidang nyanyian sehingga orang ramai lebih mengenali dirinya sebagai hanya Sophia Liana pada suatu hari nanti tanpa mengenalinya hanya dalam kumpulan atau dalam program realiti tv sahaja.

Dalam musik video “Nah” Sophia pilih untuk menari tarian yang lebih komersial daripada kebiasaannya kerana dia mahu penonton lebih mendengar kepada jalan cerita dan fokus kepada nyanyian, dia tidak mahu menjadikan musik video ini sebagai salah satu musik video tarian semata-mata.

Di dalam musik video “Nah” ini tak lari juga menampilkan kawan-kawan baiknya seperti Cik Manggis bersama suami, Azira Syafinaz dan penari terkemuka lain seperti Ucop, Kowachee dan Nsty Mirul. Sophia Liana menyahut cabaran dengan bergerak secara solo dalam bidang nyanyian sejak 2018 bagi menyerlahkan lagi bakat dalam menulis lirik dan salah satu inisiatif untuk mengukuhkan lagi nama dalam bidang nyanyian.
Untuk tetamu kali ini kita ada pengarah Tarung: Unforgiven Razaisyam bersama dengan pelakon Bront Palarae dan...
Amyrul Bakhtiar, atau lebih dikenali sebagai “Raja Gelek Perodua” berkongsi kisah hidup yang penuh liku. Daripada...
Pelakon terkenal dalam drama ‘Hikayat Putera Shazlan’, Fimie Don berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh warna sejak...
Dalam Episod 24 Oh! Podcast dan sempena bulan Ramadhan ini kami menjemput Ustaz Rock untuk tampil...
YB Mohd Noor Helmy, ADUN Duyong, berkongsi pendekatan berbeza dalam menggunakan media sosial bukan sekadar menghasilkan...
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM