Connect with us

Oh! Media

Oh! Video

Berapa Minimum Duit Hantaran?

Mesti korang tengah sibuk penuhi jemputan majlis kahwin sekarang kan? Mana taknya, hujung tahun ni lah banyak majlis kahwin. Tak kiralah kenduri kawan ke, keluarga ke, jiran ke kalau dah dijemput mesti datang punya. Hah, bila dah datang mestilah terkesima dengan majlis mereka sebab meriah dan lawa je dekorasi pelamin dorang.

ADVERTISEMENT

Bila kita datang majlis kahwin ni mesti akan tertanya-tanya berapa ribu lah agaknya diorang belanja untuk merealisasikan majlis kahwin impian diorang. Dari nikah sampai resepsi kita sendiri boleh tahu yang kahwin ni banyak guna duit tapi itu ikut bajet korang la.

Lagi-lagi zaman sekarang, dengan ekonomi yang meningkat lagi banyaklah duit nak kena simpan buat majlis. Kalau dulu mungkin orang kata RM5,000 hingga RM10,000 dah cukup tapi sekarang mungkin kena ada paling kurang RM15,000 hingga RM20,000. 

Jadi, kadang-kadang tu timbul lah isu duit hantaran ni dekat sesetengah pasangan bakal pengantin. Apapun, duit hantaran ni tak wajib, bergantung kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dengan baik berapa yang perlu diber sebab apai yang penting adalah mas kahwin.

Ada juga sesetengah rakyat Malaysia ni terlalu mengikut trend untuk buat satu majlis yang meriah sampai sanggup seksa diri. Korang sebagai bakal pengantin memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan lagi-lagi hal duit hantaran. Yelah kadang tu, ibu bapa yang menetapkan berapa duit hantaran sampai boleh jadi gaduh antara pasangan sebab pihak lelaki tak mampu untuk sediakan jumlah yang mereka nak.

Bagaimanapun, kalau kedua-dua pihak mempunyai simpanan yang lebih, boleh jer sediakan lebih dari bajet minimum RM15,000 tu. Bergantung kepada bajet masing-masing dalam menguruskan majlis. Yang penting korang dah ada rumah atau kenderaan lepas kahwin dan kena ingat lepas kahwin tu lah lagi banyak nak pakai duit tau.

Kesimpulannya, korang kalau nak kahwin pastikan kewangan dah stabil, ada simpanan dan paling penting pasangan boleh bertolak ansur lah. Korang kena tahu kahwin ni bukan benda remeh dan kita mesti nak kekal dengan pasangan kita kan? Tak kiralah berapa duit hantaran diperlukan yang penting majlis tu nanti semua orang gembira dan berpuas hati.

Kredit: Sabrina | [email protected]

Saya selaku produser bagi tim video, digital hos sepenuh masa dan juga penulis artikel sampingan di Oh Media!

Lagi dalam kategori Oh! Video

Ke Atas