Connect with us

Oh! Media

Amy Search Pernah Menjadi Pembancuh Simen Dan Ambil Upah Jahit Seluar

Oh! Podcast

Amy Search Pernah Menjadi Pembancuh Simen Dan Ambil Upah Jahit Seluar

Siapa tak kenal salah satu lagenda rock tanah air, iaitu Datuk Amy Search. Beliau bukan sahaja dikenali kerana vokalnya yang padu dan karisma luar biasa di pentas, tetapi juga kerana fesyennya dalam dunia hiburan selain daripada perjalanan hidupnya yang menjadi inspirasi. Dalam episod Oh! Podcast kali ini Amy berseloroh menceritakan hidupnya sebelum bergelar bintang dan pernah bekerja sebagai buruh binaan, tukang jahit kelambu askar dan ambil upah jahit seluar.

Datuk Amy juga membuka kisah perjalanan seninya, bermula daripada seorang remaja biasa yang tak menyangka mempunyai bakat nyanyian, hinggalah menjadi ikon rock Malaysia yang disegani ramai. Sepanjang kerjayanya, beliau telah merangkul pelbagai anugerah berprestij, mencipta sejarah yang sukar ditandingi oleh mana-mana artis lain.

IKLAN

Amy juga menitipkan nasihat bermakna kepada generasi baharu penyanyi tanah air, bagaimana untuk kekal relevan, berani mengejar impian besar, dan tetap merendah diri dalam dunia seni yang penuh cabaran ini. Untuk ketahui dengan lebih mendalam tentang siapa Amy Search, korang kena tengok sendiri Oh! Podcast bersama beliau.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas