
Oh! Inspirasi
Wan Gembira Kerja Sebagai Pemungut Sampah, Demi Sara Ibu Dan Adik-Adik Sekolah
Oleh
Di sebalik kisah sebagai pemungut sampah, lelaki ini rupa-rupanya mengambil keputusan berhenti belajar sejak di tingkatan dua untuk menyara ibu dan tiga adiknya.
BACA: Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia
Lapor mStar, lelaki dikenali sebagai Wan Othman Nor Hasyim ini tak memilih kerja dan sanggup bergelumang dengan busuk sampah asalkan dapat mencari rezeki halal buat keluarga.
Sebagai anak lelaki sulung, Wan berasa bertanggungjawab mengambil alih tugas bapa dan memastikan adik-adiknya mendapat pendidikan sempurna.


Jelasnya, bapa masih ada tetapi dia kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Apa yang penting, keputusan berhenti belajar adalah kehendaknya sendiri untuk membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.
Walaupun berat, ibunya terpaksa akur dengan keputusannya berhenti belajar selain mendedahkan kakaknya juga melakukan hal yang sama ketika di tingkatan empat. Kakaknya kini bekerja di pasar raya.

Saya sekolah tak habis, tak ada kelulusan PMR atau SPM. Nak cari kerja susah sebab kebanyakan majikan mahukan kelulusan pendidikan.
Tapi saya gembira melakukan pekerjaan ini. Tak rasa pun nak cari kerja lain buat masa ini. Sedar-sedar dah hampir dua tahun saya bekerja sebagai pemungut sampah.
Difahamkan, Wan bekerja di syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan Pahang. Wan berjaya menyentuh hati orang ramai apabila berkongsi video di TikTok bekerja keras demi melihat adik-adiknya membesar dengan penuh kasih sayang.

Dalam video itu, Wan sekeluarga dilihat keluar bersiar-siar dan menikmati hidangan di restoran makanan segera, KFC.
Kredit: TikTok @_garbageman | mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
