
Oh! Inspirasi
Ustaz Ebit Lew Sumbang 100 Samsung Tab Untuk Pelajar Memerlukan
Oleh
Seperti yang umum sedia maklum, Ustaz Ebit Lew antara badan NGO yang aktif menghulurkan bantuan kebajikan kepada individu memerlukan. Beliau sanggup turun padang melihat sendiri keadaan masyarakat yang tersepit dalam keadaan ekonomi yang mendesak sekarang ini.
BACA: Insan Hebat Bertemu! YDPA Belanja Ebit Lew Ikan Patin Temerloh Selepas Misi Bantuan
Terbaru, Ustaz Ebit menghadiahkan 100 buah tab berjenama Samsung untuk pelajar-pelajar yang memerlukan. Beliau di Instagram turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi.
Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew
Ustaz Ebit berharap sumbangan yang diberikan kepada pelajar ini menjadi asbab kebaikan buat semua.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa syukur dan terharu melihat figura terkenal tersebut mengambil berat termasuk kebajikan pelajar.




Kredit: Instagram Ebit Lew
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
