Connect with us

Oh! Media

Insan Hebat Bertemu! YDPA Belanja Ebit Lew Ikan Patin Temerloh Selepas Misi Bantuan

ohmedia ebit agong

Oh! Lifestyle

Insan Hebat Bertemu! YDPA Belanja Ebit Lew Ikan Patin Temerloh Selepas Misi Bantuan

Pada waktu ini, beberapa negeri dan kawasan dilanda banjir masih menerima banyak misi bantuan dari serata tempat yang datang berganding bahu bersama-sama meringankan beban mangsa.

Ohmedia juga tertarik dengan bantuan yang tidak putus diberikan YDPA Sultan Abdullah, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan ustaz Ebit Lew yang kini berada di Pahang bersama pasukannya untuk misi bantuan banjir.

Lebih menarik lagi bila sebentar tadi Ebit Lew berkongsi yang dia terharu dan sebak kerana YDPA berkenan untuk belanja makan ikan patin di Termerloh. Tak dapat bayangkan bila dua insan hebat ini berjumpa.

IKLAN

Hasil pertemuan Ebit Lew bersama YDPA ini dikongsikan seperti biasa di Facebook Ebit Lew. YDPA dikatakan mengucapkan terima kasih berulang kali kerana beri bantuan kepada Pahang.

Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam. – Tulisnya.

Ebit Lew juga ada kongsikan tingkah laku spontan YDPA yang menyuap Permaisuri Raja ketika makan yang dirasakan mesra dan penuh kasih sayang.

Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga. – Kongsinya.

Semoga dua insan hebat ini terus diberikan kesihatan, kekuatan dan perlindungan dariNya dalam berbakti kepada rakyat memerlukan.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas