Connect with us

Oh! Media

Cara Masak Jadi Perhatian, Kak Cik Yah Jadi Content Creator Pada Umur 75 Tahun

Ohmedia kak Cik Yah

Oh! Inspirasi

Cara Masak Jadi Perhatian, Kak Cik Yah Jadi Content Creator Pada Umur 75 Tahun

Tular di TikTok aksi menghiburkan seorang warga emas berkongsi resepi masakannya kepada orang ramai.

Warga emas dikenali sebagai Kak Cik Yah itu merakam proses memasak daripada awal sehingga lah masakannya siap.

Kak Cik Yah curi perhatian netizen!

Netizen teruja apabila video yang dimuat naik kelihatan ‘raw’ tanpa sebarang suntingan dan cara penyampaiannya juga bersahaja. Macam tengok tok masak!

IKLAN

Menariknya, walaupun penyampaian Kak Cik Yah kadangkala kurang jelas, ia tidak menghalang netizen daripada menonton kandungan yang dikongsikan.

Rakam dan upload sendiri video

Kak Cik Yah

Sehingga kini, Kak Cik Yah sudah mempunyai hampir 200,000 pengikut dan menjadi ‘talent’ untuk iklan jenama kambing perap popular, Pak Mat Western.

Kak Cik Yah

Dalam satu hantaran, Pak Mat berkata Kak Cik Yah menjadi content creator pada umur 75 tahun. Beliau merakam dan memuat naik video ke media sosial sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Pergh terbaiklah Kak Cik Yah! Makanan pun nampak sedap, air tangan orang lama-lama kan? Semoga Kak Cik Yah terus ‘mendonia’.

Ohmedia kak Cik Yah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok Pak Mat Western | Kak Cik Yah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas