Pada zaman kini, suami dan isteri masing-masing keluar bekerja untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.
Disebabkan itu, masing-masing memainkan peranan penting untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Jangan pula tugas itu diserahkan kepada satu pihak je dengan alasan penat dan mahu berehat.
BACA: Masa Baru Kahwin Rancang Nak 4 Anak Jer Tapi Isteri Bagi 7 Terus Sebab Suami Rajin Urus Rumah Tangga
Jam 3 pagi siap lipat baju
Seperti perkongsian tular di Facebook ini, seorang suami dipuji kerana tampil membantu isteri melipat tiga bakul pakaian.
Dalam perkongsian itu, si suami menjelaskan kerja melipat kain selesai pada jam 3 pagi. Beliau juga meluahkan mengenai pengorbanan para suami yang sering dipandang remeh segelintir pihak.
Jelasnya, memang suami tidak berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat tetapi suami banyak berkorban di belakang tabir.
Tambahnya, suami melakukan kerja rumah bukan untuk tunjuk rajin tetapi kerana sedar isteri juga sibuk.
Bukan tunjuk rajin, tapi tahu esok isteri sibuk
Sebagai seorang suami, lelaki ini berharap para isteri dapat menghargai suami yang juga banyak menabur bakti.
Ujarnya, meskipun bukan penghargaan yang diharapkan si suami, hati mereka pasti akan berbunga jika isteri mengucapkan terima kasih.
Sesekali ucaplah terima kasih
Malah, si suami akan berasa bahagia jika isteri mentaati dan memahami dirinya. Mengakhiri perkongsian, lelaki ini menegaskan seorang lelaki memang nampak keras secara luaran tetapi hatinya sangat lembut.
#ApaKataOhmedia
Dalam kehidupan berumah tangga, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Sebenarnya, ucapan penghargaan seperti terima kasih dah cukup untuk membuatkan pasangan gembira kan? Lagi untung, kalau pasangan tahu peranan masing-masing dalam menguruskan keluarga.