Connect with us

Oh! Media

Masa Baru Kahwin Rancang Nak 4 Anak Jer Tapi Isteri Bagi 7 Terus Sebab Suami Rajin Urus Rumah Tangga

anak

Oh! Lifestyle

Masa Baru Kahwin Rancang Nak 4 Anak Jer Tapi Isteri Bagi 7 Terus Sebab Suami Rajin Urus Rumah Tangga

Suka bila dengar dan lihat keluarga orang lain hidup bahagia. Bukan apa, sedih bila asyik tengok keluarga berpecah belah lepas tu suami isteri bercerai-berai. Tak baguslah macam tu kan?

ADVERTISEMENT

Macam kisah keluarga bahagia ni, menerusi aplikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Akma Abdullah menceritakan kisah bagaimanapun dia boleh mempunyai 7 orang anak.

Nak 4 dapat 7!

@akmaabdullah90

Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak 🤣 tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi 🤣 untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..

♬ suara asli – Angi Lay

Akma menceritakan dia berkahwin muda seawal umur 16 tahun bersama suaminya. Ketika itu, suaminya ada mengatakan untuk merancang memiliki 4 orang cahaya mata sahaja dengan 2 pasang anak lelaki dan perempuan.

Bagaimanapun, rezeki Allah itu luas apabila selepas 15 tahun bersama, mereka telah dikurniakan 7 orang anak.

Sorry abang terlajak sampai 7 pula, mungkin sebab dapat suami rajin tolong uruskan rumah tangga, so tak serik beranak. – Kongsinya.

Nak ikat tapi doktor tak sarankan?

Dalam pada itu, Akma turut menceritakan dia pernah berasa serik selepas Czer anak ke-7 sehingga meminta doktor untuk mengikat. Dia bagaimanapun rasa syukur kerana doktor menasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana masih muda.

Mungkin akan bertambah lagi…

Disebabkan itu, Akma mengakui dirinya mahukan anak lebih ramai. Dia merasakan itu semua atas berkat rezekinya mendapat suami yang rajin menguruskan rumah tangga.

Anak ramai tapi maknya maintain cantik…

Awal Kahwin Target 4 Anak, Tapi Suami Rajin Urus Rumah Tangga Isteri Bagi 7
Awal Kahwin Target 4 Anak, Tapi Suami Rajin Urus Rumah Tangga Isteri Bagi 7

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas