Connect with us

Oh! Media

Segala Aset Harta Sepencarian Dipindah Milik, Ini Perjalanan Bisnes Aisyah Hijanah

Aisyah 2

Oh! Inspirasi

Segala Aset Harta Sepencarian Dipindah Milik, Ini Perjalanan Bisnes Aisyah Hijanah

Pasangan pempengaruh dan usahawan, Aisyah Hijanah serta Alif Teega menjadi topik hangat selepas Alif mengaku berkahwin dua.

Sebelum itu, Aisyah ada mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga yang merupakan pekerjanya sendiri.

Terbaru, pempengaruh ini memaklumkan dia telah membuat perjanjian dengan suami untuk memindahkan aset harta sepencarian 100% kepadanya.

IKLAN

BACA: Tak ‘Kalut’ Minta Cerai, Aisyah Hijanah Setel Isu Harta Sepencarian Dan Syarikat

Bagi yang tak tahu, Aisyah bergelar isteri kepada Alif di usia muda iaitu 19 tahun. Ketika itu, Aisyah sedang belajar untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lepas kahwin, pasangan ini mengembangkan hobi menulis dengan menghasilkan buku dan terjual lebih 150,000 naskah.

Aisyah Hijanah

Dengan modal yang ada, Aisyah kemudian terjun ke industri fesyen dan menggunakan cuti semester untuk mencari abaya di Dubai.

Masa belajar itu juga, Aisyah mencuri masa untuk cari kain di China dan mulakan sesi photoshoot pada waktu malam.

Alif Teega

Pada hujung minggu pula, pasangan ini sibuk dengan undangan sesi talk di universiti-universiti seluruh negara.

Ha perniagaan yang dulunya dibuat dari rumah je kemudian berkembang kepada kedai. Habis je kelas, Aisyah akan masuk office uruskan bisnes pula!

Pasangan ini diberikan rezeki anak sulung semasa Aisyah di tahun akhir pengajian. Aisyah terpaksa masuk kelas secara online sebab tengah berpantang dan hari kedua bersalin dah join discussion untuk thesis.

Walaupun sibuk uruskan anak dan bisnes, pempengaruh ini buktikan dirinya mampu tamatkan pengajian on time.

Nak tahu apa rahsia kejayaan Aisyah? Baca tips yang diberikan ini.

Segala titik peluh yang bermula dari ‘kosong’ ini kini menjadi milik Aisyah Hijanah sepenuhnya. Semoga terus berjaya di masa akan datang!

Kredit: Instagram Aisyah Hijanah

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas