
Oh! Inspirasi
“Sayang Kakak Ipar Kami” – Hidayah Dipuji Bawa Anak-Anak Arwah Abang Bercuti
Oleh
Baru-baru ini balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah menjadi perhatian ramai kerana telah memuat naik satu video di media sosial. Uish, video apa itu?
BACA: Terkejut Rumah Arwah Ibu Bakal Disita, Ali Puteh Merayu Kepada Nor Hidayah
Video yang tular tersebut memaparkan Hidayah sedang membawa anak-anak buah dan kakak iparnya keluar berjalan-jalan di Padang Besar, Perlis.
Amanah abang
@hidayah_hamzah Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 ❤️#keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku
♬ Somewhere Only We Know – Gustixa
Dalam video tersebut, Hidayah menyatakan bahawa mereka masih lagi sebuah keluarga bersama sebelah ipar meskipun abangnya telah pergi buat selamanya.
Alhamdulillah dikelilingi orang yang sangat-sangat baik. Walaupun arwah abangku tiada tetap menjadi satu keluarga sampai bila-bila. Kami jaga amanah anak arwah abang penuh kasih, sayang anak-anak yatim. Kami sayang kakak ipar kami.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji sikap baik Hidayah dan keluarganya yang sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan anak-anak yatim.


Alhamdulillah, kami pun suka tengok Hidayah macam ini. Boleh jadi inspirasi betul!
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
