Connect with us

Oh! Media

Terkejut Rumah Arwah Ibu Bakal Disita, Ali Puteh Merayu Kepada Nor Hidayah

ali puteh

Oh! Artis

Terkejut Rumah Arwah Ibu Bakal Disita, Ali Puteh Merayu Kepada Nor Hidayah

Pelawak Ali Puteh terkejut apabila dimaklumkan tentang rumah pusaka arwah ibunya, Sabariah Arshad di Gombak, Selangor yang bakal disita atas perintah mahkamah.

ADVERTISEMENT

Arahan ini dikeluarkan berikutan Ali masih gagal membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Ya, memang belum buat pembayaran sebab kes ini pendapatan saya sudah tidak seperti dahulu. Kerja dah tak ada. Bukan saya nak tolak membayar RM60,000 itu, saya akan bayar cuma saya tak boleh nak campak sekali gus.

Saya pun ada tanggungan dengan kerja yang tak ada langsung. Mungkin saya cuba bayar secara ansuran.

Saya pun terkejut apabila dapat panggilan dari bapa saudara mengatakan rumah peninggalan arwah mak saya di Batu 10, Gombak mahkamah keluar perintah untuk menyita.

Saya ada anak kecil. Mana hati budi seseorang?

Ali yang ditemui pihak Melodi turut memaklumkan dia berasa hairan kerana harta peninggalan ibunya menjadi cagaran untuk di sita. Ini kerana, isu ini hanya melibatkan dirinya dan Hidayah, tidak melibatkan orang lain.

Rumah itu atas nama arwah mak, bukan saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas