Connect with us

Oh! Media

Pramugari Bertudung Tapi Biarkan Aurat Lain Terdedah Undang Kritikan Ramai

untitled design   1

Oh! Tidak

Pramugari Bertudung Tapi Biarkan Aurat Lain Terdedah Undang Kritikan Ramai

Baru-baru ini tular satu video di media sosial menunjukkan seorang pramugari daripada syarikat penerbangan tempatan sedang bertugas dalam pesawat telah mengundang perhatian ramai.

Menerusi platform X, seorang pengguna yang dikenali sebagai Amran Fans memuat naik video tersebut dimana pramugari yang memakai tudung sedang membuka pintu pesawat.

914e1a56 eeed 42b9 a36f 538cbf3a6356

Kalau korang perhatikan video itu, kain uniform terbelah pramugari itu menampakkan bahagian peha dan ke bawah apabila dia melangkah.

IKLAN

Walaupun pakai tudung untuk menutup rambut yang merupakan salah satu aurat bagi wanita, tapi bahagian kaki dibiarkan terdedah begitu saja menyebabkannya mendapat kritikan ramai.

Ada yang mempersoal adakah pramugari syarikat itu tidak dibenarkan untuk memakai seluar atau legging di dalam jika mereka melakukan penerbangan ke Jeddah.

Bagaimanapun, sesetengah individu mempertahankan pramugari itu dan mengatakan dia terikat dengan syarat yang diletakkan oleh syarikat.

Kredit: X Amran Fans

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas