
Oh! Inspirasi
Pernah Tular Hadiahkan Habib Jewels Sempena Hari Guru, Tahun Ni Bagi Pinggan Le Creuset Pula
Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, pasti pelbagai ragam yang dapat kita lihat. Waktu ini ramai anak murid tampil dengan kreativiti masing-masing memberi hadiah kepada guru sebagai tanda penghargaan.
Tular di TikTok, seorang wanita dikenali Nurashikin membawa anak lelakinya, Hafiz Harith, ke sebuah kedai barangan dapur mewah, Le Creuset, untuk membeli hadiah Hari Guru.
Hadiah hari guru 2025, Le Creuset
Menurut wanita itu, hadiah berkenaan adalah istimewa buat semua guru yang mengajar anaknya yang kini berusia 11 tahun.
Ada yang menunggu hadiah Hari Guru versi 2025 ke tu? Ini hadiah Hari Guru 2025 daripada Hafiz Harith untuk semua cikgu-cikgunya.
Dalam hantaran itu, Nurashikin turut berterima kasih kepada staf Le Creuset di cawangan Mid Valley kerana melayan mereka dengan baik dan membungkus hadiah tersebut dengan begitu cantik, lengkap dengan reben.
Pernah viral tahun lepas hadiahkan barangan Habib Jewels
Pada tahun lalu, Nurashikin mencuri tumpuan apabila menghadiahkan barangan berjenama Habib Jewels kepada 10 orang guru anaknya, Hafiy Hadeef yang berada di tahun satu.
Tahun ni ramai belikan Habib untuk cikgu, saya beralih ke pinggan mangkuk pulak.
Meninjau ke ruangan komen, Nurashikin menyatakan dia menyediakan pelbagai hadiah untuk 41 orang guru kepada tiga orang anaknya.
Antara hadiah yang diberikan pada tahun ini adalah barangan berjenama Nealofar, Le Creuset, Kate Spade, The Duck Group dan Beryl’s.
