Connect with us

Oh! Media

Peniaga Sayur Sanggup Kayuh Basikal Jam 5.30 Pagi Demi Hantar 3 Anak Ke Sekolah

20230301 142536 0000

Oh! Inspirasi

Peniaga Sayur Sanggup Kayuh Basikal Jam 5.30 Pagi Demi Hantar 3 Anak Ke Sekolah

Tular di media sosial mengenai seorang peniaga sayur yang sanggup mengayuh basikal jam 5.30 pagi bagi menghantar anak-anaknya ke sekolah.

BACA: Pemilik Homestay Di Melaka Tawar Penginapan ‘Inap Rahmah’ RM5 Sehari Buat B40

Kisah sedih mengenai lelaki berasal dari Sabah itu mendapat perhatian ramai apabila video dirinya menjual sayur di tepi jalan menjadi viral.

IKLAN

Jual sayur untuk terus hidup

@adrianedy7 Mengalir air mata pakcik Julamri, hadiahkan basikal baru buat dia, pakcik jual sayur RM1 di tepi jalan, paling banyak pernah dapat RM15 saja sehari, anak 5 orang, setiap pagi hantar anak ke sekolah gunakan basikal. Borong semua sayur pakcik jual 😭 #fyp #adrianedy ♬ SurgaMu – UNGU

Peniaga yang dikenali sebagai Julamri, mendedahkan dirinya mencari rezeki menjual sayur RM1 seikat bagi menampung kehidupan isteri dan lima anaknya.

Kisah hidupnya itu telah dikongsi bersama seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy yang melawatnya pada Isnin yang lalu.

Setiap hari pakcik Julamri pergi hantar tiga anaknya yang masih bersekolah dengan menaiki basikal seawal pukul 5.30 pagi. Kemudian, dia akan berniaga di tepi sebuah jala di Putatan bermula jam 8 pagi.

Menurut Adrian, dirinya berasa terkejut kerana sayur-sayuran yang dijual adalah murah dan sangat segar.

20230301 150007 0000

Adrian telah memborong sayur-sayuran milik peniaga dan menghadiahkan sebuah basikal baru kepadanya.

Jadi saya terus keluarkan sebuah basikal dan berikan kepadanya. Basikal itu memang saya dah beli awal-awal. Dia macam terkejut. Pakcik Julamri kata dia macam bermimpi dapat basikal. Terus dia menangis di situ.

Adrian juga mendedahkan dirinya memang berniat untuk membeli motosikal buat peniaga tersebut. Namun, Julamri yang tidak mempunyai lesen menyebabkan dirinya membelikan basikal.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas