Connect with us

Oh! Media

Pelajar Korban Waktu Belajar Jaga Abang OKU, Raih Dekan Setiap Sem

Oh! Inspirasi

Pelajar Korban Waktu Belajar Jaga Abang OKU, Raih Dekan Setiap Sem

Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Hakimi Abdullah menjadikan asbab menjaga abangnya membuatkan dia memperoleh keputusan cemerlang(dekan) untuk setiap semester.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Tunggal Tabah Jaga 4 Anak Lumpuh Diserang Penyakit Saraf

Memetik laporan Harian Metro, abangnya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak lahir. Dia membantu menguruskan abang dan mengangkatnya untuk ke tandas.

Walaupun tidak dapat memberi tumpuan penuh sewaktu belajar, Hakimi bersyukur mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Saya sentiasa fikir positif, tidak anggap menguruskan abang adalah satu bebanan.

Difahamkan, Hakimi yang kini berada di semester ketiga berkorban dengan belajar secara dalam talian sambil menjaga abangnya.

Disebabkan faktor umur ibu bapanya, Hakimi tidak membenarkan mereka mengangkat abang. Hakimi melakukannya sendiri walaupun kadang kala sakit belakang dan lenguh badan.

Ibu biasanya memahami tanggungjawab saya sebagai pelajar, jadi ibu banyak berkorban masa.

Tidak turun menoreh jika tahu saya ada kelas atau ujian penting bagi menjaga abang yang perlu dikawal setiap masa.

Hakimi yang ditemui di rumahnya di Kampung Tok Pelanduk, Pasir Mas berkata dia tidak pernah malu untuk mengaku mempunyai abang OKU. Dia menganggap abangnya itu sebagai ‘ahli syurga’ buat keluarga mereka.

Hakimi yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik itu mungkin perlu mengharapkan adik bongsunya, Nur Balqis menjaga abang jika dia perlu kembali ke kolej.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas