Connect with us

Oh! Media

Ibu Tunggal Tabah Jaga 4 Anak Lumpuh Diserang Penyakit Saraf

Oh! Tidak

Ibu Tunggal Tabah Jaga 4 Anak Lumpuh Diserang Penyakit Saraf

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu tunggal yang menjaga empat anak lumpuh akibat penyakit saraf.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Ini Sanggup Korban Kerjaya Demi Jaga Bapa Sakit Di Kampung

Ibu tunggal, Rosanani Salleh menampung kos sara hidup dengan hanya menjual lemang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.

Suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.

Foto: BERNAMA

Jelas Rosanani, empat anak daripada lapan beradik itu tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika masing-masing sudah berusia 20an hingga 30an.

Sebelum itu mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa, masing-masing telah bekerja namun tiba-tiba sakit.

Tiada simptom yang jelas, malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur, tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan.

Dengan kudrat yang ada, ibu ini cekal menjaga anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, anak kelima, Mohd Marsudi, dan anak keenam, Mohd Aismuddin, yang memerlukan penjagaan rapi.

Manakala, anak sulungnya, Rozanariah, 43, yang sudah berkahwin tinggal berasingan dan dijaga oleh suami dan anak-anaknya.

Rosanani yang tinggal di Kampung Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu berkata, pakar perubatan di hospital memaklumkan anak-anaknya tiada harapan untuk sembuh.

Siang malam saya berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Saya sangat risau kalau saya sudah tiada nanti, siapa akan menjaga mereka.

Katanya lagi, anak-anak adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang. Tetapi, ianya tidak cukup kerana kos membeli lampin dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.

Pada waktu pagi, dia menguruskan anak-anak terlebih dahulu. Persiapan berniaga lemang dibuat bermula jam 11 pagi setiap hari.

Kredit: Bernama | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas