Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

Pasangan OKU Tiada Zuriat Terima 3 Beradik Yatim Sebagai Anak, Mahu Mereka Kenal Erti Keluarga

Walaupun pasangan ini adalah OKU, ia tak menjadi penghalang untuk mereka menerima 3 beradik yang baru kehilangan ibu bapa sebagai anak angkat.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Menerusi hantaran di TikTok, seorang wanita memaparkan seorang kanak-kanak yang dipeluk erat oleh seorang lelaki sambil menangis teresak-esak.

Wanita yang dikenali sebagai Mira Nirwani meluahkan rasa syukur dapat mengambil 3 beradik itu sebagai anak walaupun dia dan suami lahir dari golongan istimewa.

Ini adalah anak yatim yang aku ambil selepas pemergian ibu bapanya. Jadi, kamu siapa untuk katakan dia kurang kasih sayang?

Akan aku berjuang habis-habisan untuk izinkan mereka merasa apa itu sebuah keluarga.

https://www.tiktok.com/@swipersimusang/video/7354815923791973652?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Katanya, ketiga-tiga mereka adalah anak kakaknya yang meninggal setelah melanggar sebatang pokok di tepi jalan, dua tahun lalu.

Tak sanggup tengok mereka dihantar ke rumah anak yatim

Katanya, dia mengambil keputusan itu kerana ketiga-tiga anak kakaknya tiada waris lain dan tak sanggup memisahkan mereka ke rumah anak yatim .

Memang sukar anak-anak arwah nak terima terutama yang bongsu sebab dia terlibat sekali dalam kemalangan.

Seminggu dia menjerit dan merinta-ronta sebab nak ikut arwah.

Dia juga mendedahkan kesemua mereka telah memanggil dia dan suami dengan panggilan umi serta walid selepas proses pengambil anak angkat selesai.

Ya Allah baiknya pasangan ni. Walaupun tak sempurna macam orang lain tapi tetap ambil sayang merka macam anak sendiri. Semoga syurga buat Mira dan suami.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas