Oh! Inspirasi
Netizen Puji Ibu Mertua Borong Barang Kemas Dan Hadiahkan Kepada Menantu Sempena Hari Raya
Pada
Oleh
Baru-baru ini tular di Facebook di mana seorang wanita membeli sejumlah emas. Perkara itu dikongsikan oleh akaun Facebook Kedai Emas Al-Aqsa Jewels.
Berdasarkan gambar dikongsikan itu, wanita tersebut dilihat menunjukkan tanda ‘good’ sementara di depannya terdapat 5 utas gelang emas di dalam bekas berwarna merah dan ‘free gift’ yang diberikan oleh kedai.
Namun, menerusi kapsyen, emas yang dibeli oleh wanita itu bukanlah diborong untuk diri sendiri melaram sakan tetapi sebaliknya sebagai hadiah kepada anak menantunya untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ramai warga Facebook memuji tindakan wanita itu dengan memberinya gelaran ‘mak mentua idaman’ kerana tidak kedekut untuk berkongsikan rezeki kepada anak menantunya.
Ada juga yang berharap agar anak menantunya bersyukur kerana tidak semua orang yang mempunyai ibu mentua yang penyayang dan tidak kedekut.
Sementara itu, ada juga orang yang berseloroh dengan mewakilkan diri sendiri untuk menjadi menantu kepada wanita itu demi mendapatkan ganjaran yang sama seperti anak-anak menantu wanita berkenaan.


Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Bekas isteri Aziz M. Osman, Puteri Lily tak mahu anak cepat dilabel genius.
Fazeera Nazri syukur ibu mentua banyak menjaga kebajikannya sepanjang hamil dan sentiasa ambil berat soal rehat...
Budaya Malaysia jadi perhatian selepas wanita Poland bebas alkohol dan pengurus Hakim Danish hormat sensitiviti Muslim.
Usaha MPOGCF di Sabah bukan sahaja memberi tumpuan kepada pemuliharaan hidupan liar.
Bila sebut tentang bantuan kepada golongan yang memerlukan, ramai yang terus terbayang sumbangan makanan, pakaian atau...