Connect with us

Oh! Media

Mimpi Itu Indah Dan Percuma, Ini Merupakan Perjalanan Aina Abdul Dari Anak Didik Ke Vokalis Terbaik

Oh! Artis

Mimpi Itu Indah Dan Percuma, Ini Merupakan Perjalanan Aina Abdul Dari Anak Didik Ke Vokalis Terbaik

Semalam, warganet telah dihangatkan dengan Anugerah Juara Lagu 37 dan pertandingan itu telah dijuarai oleh Aina Abdul. Tapi, siapa sebenarnya Aina Abdul ini?

ADVERTISEMENT

BACA: Aina Abdul Belanja RM90,000 Untuk AJL37, Awan Putih ‘Terapung’ Rupanya Kenang Arwah Bapa

Aina Abdul atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani merupakan seorang penyanyi kelahiran Johor dan telah dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Cabaran awal

Walau bagaimanapun, bapanya telah meninggal dunia pada 2008 akibat masalah kesihatan. Menurut Aina, kehilangan bapanya dianggap sebagai satu cabaran buat dirinya untuk jadi lebih tabah.

Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya.

Penyanyi ini merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik dan telah mendapat pendidikan di Universiti UCSI, Kuala Lumpur.

Perjalanan karier

Pada 2014, bakatnya telah dikesan dalam program Mentor Legend dan dirinya merupakan anak didik kepada Ella. Dia telah diangkat sebagai naib juara dalam program itu dan Aina terus meluaskan bakat nyanyian dalam industri seni hingga kini.

Walaupun menghadapi pelbagai kritikan dalam perjalanan kariernya, Aina tidak mengsia-siakan bakat yang ada. Persembahan terbaik olehnya ketika Anugerah Juara Lagu 37 semalam, berjaya membuatkan dirinya muncul sebagai seorang vokalis yang terbaik. Memang inspirasi betul!

Kredit: Iluminasi | Mykmu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas