Connect with us

Oh! Media

Aina Abdul Belanja RM90,000 Untuk AJL37, Awan Putih ‘Terapung’ Rupanya Kenang Arwah Bapa

Oh! Artis

Aina Abdul Belanja RM90,000 Untuk AJL37, Awan Putih ‘Terapung’ Rupanya Kenang Arwah Bapa

Penyanyi Aina Abdul berjaya membawa pulang hadiah utama RM100,000 berserta trofi setelah lagu ciptaannya Terus Hidup dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).

ADVERTISEMENT

Seperti yang diramal, Aina turut menerima Anugerah Vokal Terbaik dan membawa pulang RM12,000 serta trofi.

Juara lagu AJL37

Memetik laporan Media Hiburan, Aina berkata konsep persembahan serba putih dan awan merupakan simbolik kepada bapanya, Abdul Ghani Abdullah yang telah meninggal dunia.

Kenang arwah bapa

Tema awan dipilih ketika Aina berada dalam kapal terbang pulang daripada bercuti. Waktu itu, penyanyi ini melihat kepulan awan bergelora kemudian tenang semula.

Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa.

Katanya lagi, malam tadi dia mengeluarkan kos hampir RM90,000 untuk merealisasikan impiannya.

Kos hampir RM90,000 itu merangkumi persalinan, props awan dan sebagainya. Namun, penyanyi berumur 29 tahun ini merasakan ianya satu pelaburan yang berbaloi untuk dirinya dan ‘team’ Aina seramai 30 orang.

Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah.

Aina yang sinonim dengan fesyen lain daripada yang lain berkata, dia sanggup berhabis demi karya ‘Terus Hidup’ kerana merasakan ianya satu yang istimewa.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas