Connect with us

Oh! Media

“Manusia Buat Silap” – Dapat ‘Order’ Tak Cukup, Lelaki Ini Dipuji Tak Melenting Depan Kaunter Restoran

Oh! Inspirasi

“Manusia Buat Silap” – Dapat ‘Order’ Tak Cukup, Lelaki Ini Dipuji Tak Melenting Depan Kaunter Restoran

Tular di TikTok mengenai seorang lelaki dipuji kerana bersikap tenang meskipun makanan yang telah dipesan gagal disiapkan dengan sempurna.

ADVERTISEMENT

BACA: Jahit Baju Macam Kualiti Butik, Otai Terima Banyak Tempahan Lepas Viral

Lelaki yang dikenali sebagai Abe Lando berkongsi bahawa salah satu item yang dibeli di sebuah restoran makanan segera KFC tidak diberikan.

Kekal tenang

Walau bagaimanapun, Abe mengatakan bahawa ia adalah lumrah hidup bahawa setiap manusia melakukan kesalahan.

Jangan marah-marah, relak sahaja. Biasalah, manusia mesti ada buat silap kan? Kita semua manusia, kita semua ini pelupa. Jom, kita pergi ambil balik burger itu, kita minta pada mereka.

Sikap tenang lelaki terbabit telah meraih perhatian netizen yang rata-rata gembira dan memuji tindakannya yang tidak cepat melenting.

Bagus abang ini, boleh jadi inspirasi buat semua.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas