Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

Jahit Baju Macam Kualiti Butik, Otai Terima Banyak Tempahan Lepas Viral

Meskipun telah berusia 67 tahun, seorang tukang jahit bernama Zulir Mohamad masih lagi menjadi rebutan ramai ketika hampir tiba musim perayaan.

BACA: “Macam Nak Sabotaj..”- Otai Burger Malaysia Jawab Isu 2 Set Burger Ayam Special RM23

IKLAN

Berbekalkan pengalaman hampir 40 tahun, Zulir tidak menang tangan dan sentiasa menerima tempahan jahitan baju lelaki untuk digayakan Aildilfitri nanti.

Banyak tempahan

@hanazulir

Ini abah kesayangan aku..Yg terpaling pro tp aku tak warisi keProAnNya🤣🤣🤣#fyp #tiktokmalaysia #dhuhacollection #tailoring #sewing

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

Anak bongsu Zulir, Nurul Farhana mengatakan bahawa mereka menerima banyak tempahan tahun ini selepas video yang dikongsi di TikTok tular sejak Februari yang lalu.

Kalau ikutkan, kami tak buka tempahan baju lelaki dah. Tapi saya tanya ayah, dia kata boleh je kalau sikit. Pada hari pertama viral pun ada enam orang datang nak tempah baju. Yang datang bukan tempah sehelai baju, tapi nak jahit untuk sekeluarga.

Walau bagaimanapun, Farhana memaklumkan bahawa tempahan baju tersebut adalah terhad bagi mengelakkan bapanya dari bekerja keras pada usia yang lanjut.

@hanazulir

Ada yg nak tgk hasil jahitan abah?? Nahhh kita belanjaaaa..Jangan tnya tempahan buka lagi ke tak ye🤣 tempahan dah ditutup..Abah tak berapa sihat beberapa hari nie so kami stop tempahan ye🫰🏻❤️ thanks for support🫰🏻#fyp #tiktokmalaysia #dhuhacollection #tailoring #sewing #abah

♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih

Biar sikit, asalkan pelanggan berpuas hati. Janji dia boleh fokus pergi terawih dan tak penat. Dulu memang ayah pulun menjahit. Ayah memang kuat bekerja, dia tak boleh duduk diam di rumah, nanti demam.

Farhana juga berkongsi bahawa keluarganya mengambil upah jahit bagi menampung kos sara hidup di mana dia menjahit baju kanak-kanak dan kakaknya menjahit baju wanita.

Kredit: Mstar | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas