Oh! Artis
Kak KM Tetap Hormat Suami Walaupun Pendapatan Lebih Tinggi
Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM, baru-baru ini mendedahkan bahawa walaupun pendapatannya lebih tinggi dalam rumah tangganya, dia tetap menghormati suaminya, Razman Ramli.
Memetik dari Oh Bulan!, Kak KM menasihati para isteri untuk tidak memperlekehkan para suami walau dalam apa jua keadaan.
Menurutnya, walaupun seorang isteri itu lebih berjaya dan kaya, itu bukan alasan untuk hilang rasa hormat terhadap suami.
Sebenarnya bila seorang isteri itu kaya, tak bermakna dia tak perlu hormat suami dia. Itu salah. Rezeki saya mungkin lebih daripada suami dan itu ‘bonus’ Allah nak bagi tapi kita masih ada suami yang kena hormat.- Katanya.
Tambahnya lagi, kemewahan dan duit yang dimiliki hanyalah pinjaman sementara dari Tuhan. Kak KM menegaskan bahawa pangkat dan kekayaan tidak patut dijadikan alasan untuk merasa diri lebih hebat.
Rezeki ini kalau Tuhan nak tarik, habis. Duit dan kemewahan ini pinjaman sahaja. Jangan ingat kita akan selama-lamanya hidup senang. Senang cakap, jangan jadi orang kaya bodohlah.- Katanya lagi.
#OhmediaNasihat
Dalam hidup berumah tangga, hormat menghormati adalah kunci kebahagiaan. Rezeki yang lebih besar tidak patut dijadikan alasan untuk merendahkan pasangan.
Duit dan kemewahan hanyalah sementara, jadi penting untuk kita kekal merendah diri dan sentiasa ingat bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada wang tetapi pada keharmonian dan kasih sayang dalam rumah tangga.