Connect with us

Oh! Media

Ibu Dan Anak Rai Momen Indah Tamatkan Pengajian Ijazah Di UiTM Bersama

Ohmedia konvo anak emak uitm

Oh! Inspirasi

Ibu Dan Anak Rai Momen Indah Tamatkan Pengajian Ijazah Di UiTM Bersama

Kisah ibu dan anak yang berjaya menamatkan pengajian bersama-sama di majlis konvokesyen UiTM ke-100 menarik perhatian ramai di media sosial. Momen manis mereka diraikan di pentas istiadat konvokesyen, mencuri perhatian dan menyentuh hati netizen.

Bermula dengan ajakkan ibu…

Siti Nur Fatihah Mohd Zamri pada awalnya tidak berminat untuk menyambung pengajian kerana sudah selesa bekerja sejak usia 19 tahun. Namun, segalanya berubah apabila ibunya, Surawati Rahimin, menyatakan hasratnya untuk bersama-sama menyambung pelajaran.

Dulu kita (Siti Nur Fatihah) tak nak sambung belajar sebab dah selesa kerja masa umur 19 tahun dan tak ada kawan nak sambung degree.

Tapi, ibu kata, jom kita sambung belajar sama-sama barulah tak bosan.- Kongsi Siti Nur Fatihah menerusi video di TikTok yang kini tular.

Momen bermakna di pentas konvo

Image

Hantaran video tersebut turut memaparkan detik indah apabila kedua-dua beranak ini meraikan kejayaan bersama di atas pentas konvokesyen.

IKLAN

Mereka turut menghadiri kelas bersama, malah duduk bersebelahan sepanjang tempoh pengajian.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji semangat luar biasa mereka. Kisah ini bukan sahaja inspirasi tetapi juga menunjukkan betapa hebatnya hubungan keluarga yang saling menyokong.

#OhmediaNasihat

Belajar tidak pernah ada had usia! Semangat seperti ini patut dijadikan inspirasi buat semua. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa kerana kejayaan sering menanti mereka yang berani mencuba.

Ohmedia konvo anak emak uitm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas