Connect with us

Oh! Media

(Video) Murid 8 Tahun, Sanggup Cari Duit Semata-Mata Mahu Hadiahkan Cikgu Gincu Mahal

Oh! Inspirasi

(Video) Murid 8 Tahun, Sanggup Cari Duit Semata-Mata Mahu Hadiahkan Cikgu Gincu Mahal


Selalunya cikgu-cikgu dekat sekolah akan dapat hadiah bila tiba Hari Guru, tapi lain pula ceritanya buat Farrah Norashikin Juhari, 38, atau lebih dikenali sebagai cikgu Farrah.

ADVERTISEMENT

Farrah yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kota Setar, Kedah, terharu apabila dihadiahkan sebatang gincu oleh seorang anak muridnya beberapa hari sebelum sekolah ditutup sepenuhnya susulan wabak Covid-19.

Dia turut berkongsi moment itu dengan memuat naik video yang berdurasi 27 saat di Instagram miliknya.

Ramai yang memuji perbuatan murid itu kerana pandai menghargai guru walaupun baru berusia lapan tahun.

Menurut Farrah, dia terkejut kerana dihadiahkan gincu yang dikatakan berjenama mahal daripada anak muridnya yang dikenali sebagai Ku Muhammad Hafiz Zulkarnain.

Bermula dengan satu insiden apabila seorang murid perempuan telah memberikan sebiji roti kepada Farrah pada waktu rehat.

Farrah yang terharu dengan tindakan murid yang bernama Nisa itu, telah memuji muridnya itu dihadapan murid lain.

Saya pun pujilah Nisa depan murid lain. Biasalah budak kan, bila tengok kawan dia buat, depa pun nak buat juga. Dari situlah bermula kisah saya dapat hadiah gincu tu. – Katanya.

Ku Muhammad Hafiz dikatakan telah menghadiahkan gincu itu dengan menggunakan duit daripada hasil jualan ikan puyu yang dikailnya sendiri.

Dia tak ada bagi tahu pun nak hadiahkan tapi kawan-kawan dia pecah rahsia.

Kawan dia bagi tahu yang dia simpan duit. 

Lepas tu saya ada tanya dia betul ke kamu simpan duit nak belikan cikgu ni. Dia kata ‘haah’. Masa tu saya rasa sebak sangat tapi tahan nak keluar air mata.

Saya tanya pula berapa harga. RM42 cikgu… saya peliklah mana dia dapat duit banyak tu. Rupa-rupanya dia beli guna duit jual ikan puyu yang dia simpan. Terkejut saya, nak menangis pun ada,” Kata Farrah.

Ku Muhammad Hafiz turut menghadiahkan gincu itu kepada ibunya apabila dia ditanya oleh Farrah jika ibunya tahu tentang hadiah yang dia berikan itu.

Dia beritahu saya dia belikan untuk mak dia juga. Lega saya dengar.

Mula-mula saya ingatkan gincu tu harga RM24 sebab saya macam dengar dia sebut macam tu. Rupa-rupanya dalam komen pada video tu beritahu gincu tu memang mahal. Katanya.

Video yang dimuat naik oleh cikgu Farrah di laman Instagram.

Murah hati betul adik ni, kecik-kecik dah pandai cari duit. Tak kedekut beli hadiah untuk cikgu, dekat ibu pun kau tak lupa. Jarang-jarang la nak jumpa orang macam kau ni dik.

Kredit: Cikgu Farrah, Mstar

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas