Connect with us

Oh! Media

Dah Puas Berfesyen Masa Anak Dara, Almy Nadia Dedah Berhijrah Kerana Allah

20230328 162551 0000

Oh! Inspirasi

Dah Puas Berfesyen Masa Anak Dara, Almy Nadia Dedah Berhijrah Kerana Allah

Umum mengetahui bahawa pelakon, Datin Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Datuk Fizz Fairuz kira-kira 9 tahun yang lalu.

BACA: “Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik” – Almy Nadia Sempurna Di Mata Fizz Fairuz

Di bulan yang penuh kerahmatan ini, Almy mendedahkan bahawa dia berubah memakai hijab pada Jun tahun lalu demi Allah SWT.

IKLAN

Penghijrahan Almy

Screenshot 20230328 162208 instagram

Memetik laporan Harian Metro, Almy berkata dirinya pernah berbincang dengan suami untuk berhijab pada Jun tahun lalu. Pelakon itu berkata dirinya telah puas memakai pelbagai jenis fesyen sebelum bergelar seorang isteri.

Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah. Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah.

Apabila ditanya mengenai penerimaan Fizz Fairuz, Almy memaklumkan suaminya tidak menghalang hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.

Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

Almy juga berkongsi di bulan Ramadan ini, dirinya bersyukur Fizz meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan membanyakkan amalan baik bersama. Sebagai info, hasil perkahwinan pasangan pelakon ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata dan mengambil seorang anak angkat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas