Connect with us

Oh! Media

Ini Rahsia Seorang Lelaki Hanya Belanja Guna Baucar Selama 36 Tahun

Lelaki Bijak Belanja

Oh! Inspirasi

Ini Rahsia Seorang Lelaki Hanya Belanja Guna Baucar Selama 36 Tahun

Pergh! Yang ni memang rare! Bayangkan, lelaki ni dah 36 tahun tak sentuh langsung duit dia untuk berbelanja, sebaliknya hanya guna baucar yang dia kumpul.

Tapi, yang ni berlaku di Jepun. Kalau korang nak tahu, pasaran saham Jepun ada satu sistem yang mana pelabur akan dapat baucar as a gift setiap kali diorang buat pelaburan. Jadi, menurut World of Buzz, lelaki yang bernama Kiriya Hiroshi ni dah pun buat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak dia berumur 35 tahun. Bijak, kan?

Dengan baucar terkumpul ni lah Kiriya beli barang dapur, pakaian, kasut dan macam-macam lagi. Wallet dia pun penuh dengan baucar tau, bukannya duit! Hidup Kiriya pun cukup sederhana. Nak pergi mana-mana, Kiriya naik basikal je. Nak lagi? Kiriya siap sewakan bilik di rumah yang dia duduk untuk tambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.

IKLAN

Wah, bukan biasa-biasa. Memanglah sistem di Malaysia tak sama dengan sistem di Jepun. Tapi, at least bolehlah kita ambil pengajaran sikit untuk berjimat-cermat dan lebih bijak berbelanja. Lagi-lagi musim pandemik ni kan, janganlah ikut sangat kemahuan tu. Kenalah pandai bezakan dengan keperluan. Nanti yang senang, diri kita juga. Bukannya untuk orang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas