Connect with us

Oh! Media

Bapa Sertai Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda, Sempena Sambutan Hari Jadi Anak Syurga

Ohmedia  Anak

Oh! Inspirasi

Bapa Sertai Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda, Sempena Sambutan Hari Jadi Anak Syurga

Anak-anak istimewa adalah rahmat daripada Allah

Berikut adalah ungakapan yang sesuai untuk menggambarkan kisah yang amat menyentuh hati ini apabila seorang bapa menyertai larian bersama anak istimewanya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang bapa sedang berlari sambil menolak kerusi roda milik anak perempuannya yang kelainan upaya.

IKLAN

Dalam video itu, anaknya kelihatan sangat gembira ketika bersama-sama menyertai acara marathon tahunan.

Acara berikut anjuran Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM 2023) di Kuala Lumpur dan peserta yang terlibat perlu berlari mengikut jarak yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wiradihan, bapa itu berkata yang dia mahu mencipta kenangan istimewa di samping meraikan hari jadi anaknya yang ke 15 tahun.

Malah, turut ada insan yang baik hati membantu lelaki tersebut menolak kerusi roda anaknya.

Anak

Apa yang menyentuh hati adalah apabila bapa itu juga dilihat mendukung anaknya sambil berlari ke garisan penamat.

Ramai peserta dan penonton juga bersorak serta memberi semangat kepada mereka sewaktu hampir tiba di garisan penamat.

Duhai anak, hidup ini bukan sekadar bertahan hidup. Hidup anak syurga sepertimu luar biasa. 

Setelah sampai di garisan penamat, bapa itu terus mencium pipi anak itu sebelum meletakkannya dalam kerusi roda semula. Di akhir video, bapa itu juga berkata berkongsi gambar anaknya memakai medal larian itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa kagum dengan ketabahan seorang bapa yang mahu mencipta kenangan berharga bersama anaknya

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan bapa dan anak istimewanya untuk dipermudahlan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Anak

Anak

BACA: Orang Lain Semua Datang Naik Kereta, Keluarga Ini Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Terdahulu, viral satu video menyentuh hati menunjukkan satu keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam keadaan panas terik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Photo1696565005
  • Photo1696565055
  • Screenshot 964
  • Ohmedia  Anak
  • Photo1696565005
  • Photo1696565055
  • Screenshot 964
  • Ohmedia  Anak

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas