Connect with us

Oh! Media

Orang Lain Semua Datang Naik Kereta, Keluarga Ini Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Jalan kaki universiti ohmedia

Oh! Inspirasi

Orang Lain Semua Datang Naik Kereta, Keluarga Ini Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Sekarang ni, viral satu video menyentuh hati menunjukkan satu keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam keadaan panas terik.

Keluarga ini dikatakan datang dari Sarawak dan dilihat berjalan kaki dengan barang-barang keperluan belajar selepas turun dari bas.

Dari jauh nampak satu famili dan jalan kaki tengah-tengah panas. Ingatkan kereta rosak. Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tarik beg di saat yang lain naik kereta. – Kata individu yang merakam video.

Individu itu turut bertanya mereka dari mana dan difahamkan keluarga ini memilih menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke Pahang.

IKLAN

Pihak UMPSA turut dipuji kerana bertindak pantas dengan menyediakan kenderaan untuk membawa keluarga ini masuk ke kampus.

Image

Ohmedia rasa sayu tengok wajah si bapa yang nampak gembira sangat dapat hantar anak masuk universiti. Itulah pengorbanan seorang bapa dan ibu untuk anak-anak. Semoga adik ini dapat berikan sepenuhnya dan banggakan keluarga.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas