Connect with us

Oh! Media

Aku Lagi Hantu Dari Kau, Mambang!

tabung subuh

Oh! Khai

Aku Lagi Hantu Dari Kau, Mambang!

Ceritanya Khai tak tahu nak tulis apa kali ni disebabkan banyak posting kat Instagram pun pasal gadget je, tapi malas pulak nak tulis pasal gadget kali ni. Tu tajuk artikel ni pun sebab tengah dengar lagu Altimet. Haha!

ADVERTISEMENT
Jadual kerja Khai

Disebabkan sekarang Khai kena follow schedule, Khai kena tulis something kat sini sebab dah sampai masa dia. Jadi kita ada 30 minit dari sekarang.

Ok macam ni la, dah terlanjur tak tahu nak tulis apa tapi masih la cuba nak bagi manfaat pada korang yang tersesat membaca kat sini agar tak buang masa, apakata kita tulis tentang satu nilai yang tak ramai orang ambil berat. Cuba tanya diri kita, dalam sehari ada tak kita bersedekah? Macamana kita nak pastikan kita boleh bersedekah setiap hari? Ada beberapa cara yang Khai nak kongsikan. Ini sebenarnya ‘cheat code’ kalau kita nak keluar dari kesempitan hidup. Walaupun dah lama kantoi, tapi ramai yang masih tak ambil peduli pun.

Tabung Dengan Label Sedekah Subuh.

Untuk pastikan kita dapat bersedekah setiap hari, cara paling mudah adalah dengan buat satu tabung kat rumah yang boleh korang labelkan sebagai “Sedekah Subuh”. Setiap pagi selepas solat subuh, korang masukkan duit kat dalam tu berapa pun yang korang mampu dengan seikhlas hati.

RM1 boleh, RM2 boleh, RM5 boleh. Kalau RM1 pun tak ada, no problem masukkan 10 sen pun takpe asalkan ikhlas antara kita dengan Allah. Setiap kali masukkan duit dalam tabung tu, korang berdoa dan pohon hajat yang spesifik kepada Allah. Contohnya;

~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon titipkan pahalanya untuk kedua ibu-bapa ku.
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon dipermudahkan urusan jodoh ku.
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon ditenangkan hati dan jiwa ku.
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, permudahkan urusan rezeki ku.
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah.

Itu contohlah apa yang pasti biasakan berdoa spesifik yang sama sekurangnya 40 hari. Dengan Tabung Sedekah Subuh tersebut, korang kena pastikan hari-hari korang tak lupa untuk bersedekah dengan cara masukkan duit ke dalam tabung tersebut. So apa jadi dengan sedekah setiap hari dalam tabung tu?

Pada setiap hari Jumaat, keluarkan semua duit tu dan letak dalam tabung masjid. Ataupun guna duit tu untuk belanja family member makan. Ataupun guna duit tu untuk sumbangan ke Lembaga Zakat. Ye la, memang ada banyak cara dan terpulanglah ke mana pun korang nak salurkan asalkan duit tabung tersebut pergi dengan niat untuk bersedekah.

Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua Malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kerosakan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah). – (HR Bukhari dan Muslim).

Untuk cover hari-hari lepas yang kita banyak terlupa nak bersedekah, mulakan dengan sentiasa menghulur kalau ada yang datang minta sumbangan dengan korang. Orang datang jual tisu, kau beli. Orang datang jual keropok, kau beli. Orang datang jual novel pun, kau beli. Selagi ada lebihan duit dalam poket kau. Tak perlu fikir panjang sangat itu ini. Apa yang pasti Allah dah datangkan peluang untuk bersedekah pada hari tersebut terus kepada kita. Bayangkan peluang bersedekah dah pun datang depan mata, kita masih berat nak menghulur? Hmmm..

Ini tentang kisah untuk kita bersedekah setiap hari. Kalau dalam sebulan tu bila dapat gaji tu, sedekah paling penting adalah kepada ibu bapa dan keluarga sendiri. Walaupun mak ayah kita jutawan sekalipun dan tak heran langsung duit kau, alaa kau bagi je la dia. Kalau dia taknak duit, kau belikan apa-apa barang dapur kat rumah tu. Kalau makan dengan family & kawan-kawan tu, sekali-sekala kau bayarkanlah makanan mereka. Jangan la mengharap kita yang dibelanja aje.

Sedekah walaupun sedikit

Cuma lepas ni sentiasa ingat, jika kita menginginkan pintu rezeki dibuka setiap hari, bersedekahlah bermula dari waktu Subuh. Tak perlu menunggu menjadi seorang yang kaya untuk bersedekah, Biasa kita nampak kan, semakin kaya semakin kedekut. Nak bersedekah mula berkira.

Akhirnya semakin banyak pintu rezeki tertutup. Jangan fikir duit dan harta akan bertambah kerana semua itu akan ditarik Allah bila-bila masa sahaja dalam pelbagai bentuk seperti kecurian, kerugian dalam perniagaan dan ditipu.

Ingatlah bahawa sedekah ni mustahil untuk memiskinkan kita. Sangat mustahil. Kau sedekah la banyak mana pun, kau tak akan miskin. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak yang kita akan dapat. Itu janji Allah dan nikmat apa lagi yang kita dustakan?

Ok cukup 30 minit. Next time Khai membebel lagi. Hahaha!

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas