Connect with us

Oh! Media

“Best Imigresen Ever!”

imigresen port dickson

Oh! Khai

“Best Imigresen Ever!”

“Best Imigresen Ever!”

Best imigresen ever – Imigresen Post Dickson. Saya buat urusan renew passport kat KL depa suruh datang beratur seawal 5 pagi. Saya datang sini, tunggu tak sampai 10 minit dah ambil gambar then 30 minit lepas tu passport dah siap untuk diambil. Sangat efisyen dan super friendly.

ADVERTISEMENT

Urusan VISA wife saya pun selesai dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Buat dekat HQ pun tak semudah ini. Pernah kami tertinggal untuk sign satu form ni, puan Imigresen tu siap call suruh datang sebelum pukul 4. Tapi saya kata minta maaf puan tak sempat sebab outstation. Tapi sanggup beliau tunggu kami datang sign agar dapat submit form tu secepat mungkin.

Imigresen Post Dickson

Kalau la boleh bagi angpau raya, saya dah bagi tapi tu la nanti kena tuduh benda lain pulak kan? Jadi saya buat posting ni untuk beritahu dunia betapa awesome’nya semua staff kat Jabatan Imigresen Port Dickson ni. Iyalah jarang ada orang yang nak berkongsi cerita kebaikan mereka. Kalau ada salah sikit, habis terus viral ye tak?

Moga setiap kebaikan dan keikhlasan dalam menjalankan tugas dinilai dan diterima yang Maha Esa. Thank you Puan Nor Aishah & semua pegawai di JIM Port Dickson!

Sumber: Instagram @ohkhai

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas