Oh! Negara
Zahid Hamidi Anggap Kerjasama Dengan DAP Sebagai Susunan Allah
Zahid Hamidi anggap kerjasama UMNO dan DAP sebagai ketentuan Allah demi kestabilan politik negara.
Dulu laung “No Anwar, No DAP”, sekarang jadi rakan dalam kerajaan. Itulah yang diakui sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bila bercakap tentang kerjasama parti itu dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut laporan FMT, Zahid menganggap apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan, sebaliknya satu susunan daripada Allah untuk memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.
Zahid Hamidi akui pernah tolak DAP

Zahid mengakui ada sejarah tersendiri antara UMNO dan DAP. Malah, beliau sendiri pernah menyuarakan pendirian tegas menolak parti itu suatu ketika dahulu.
Walaupun saya pernah laungkan ‘No Anwar, No DAP’ suatu masa dahulu, Allah sudah menyusun semuanya. Ditakdirkan kita menjadi rakan dalam kerajaan hari ini.- Katanya.
Zahid juga menjelaskan bahawa secara peribadi, dia tak pernah ada masalah untuk bekerjasama dengan DAP. Malah, hubungan yang terjalin dianggap baik dan saling menyokong.
Hubungan saya dengan mereka baik. Malah DAP memberikan kerjasama penuh contohnya pada PRK Mahkota. Sokongan mereka membolehkan calon UMNO memperoleh undi 20,000 majoriti.- Katanya.
DAP didakwa jejaskan kepentingan Melayu? Ini penjelasan Zahid

Ada pihak yang mendakwa penglibatan DAP dalam kerajaan boleh menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam. Tapi Zahid tampil menafikan perkara itu.
Menurutnya, DAP kini akur dan menyokong penuh Perlembagaan Persekutuan termasuk pengiktirafan terhadap bahasa Melayu dan Islam sebagai bahasa serta agama rasmi negara.
Zahid juga beri jaminan bahawa DAP tidak lagi mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera, sekaligus menolak persepsi negatif terhadap parti itu dalam kerajaan hari ini.
Pssttt! Ohmedia harap korang tengok isu ni dari sudut yang lebih terbuka. Politik boleh berubah, tapi yang penting, jangan sampai kita berpecah sebab persepsi lama.
Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM