Connect with us

Oh! Media

”Beliau Nak Serang Siapa?” – Zahid Hamidi Mahu Bertemu Akmal Saleh

Ohmedia akmal Saleh Zahid Hamidi

Trending

”Beliau Nak Serang Siapa?” – Zahid Hamidi Mahu Bertemu Akmal Saleh

Zahid Hamidi mahu bertemu Akmal Saleh untuk dengar penjelasan mengenai perletakan jawatan Exco Melaka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan bertemu Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi mendapatkan penjelasan berhubung maksud sebenar kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu susulan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahmad Zahid berkata yang beliau sendiri ingin tahu siapakah sasaran sebenar yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, sambil menegaskan bahawa keputusan melepaskan jawatan adalah pilihan peribadi.

Saya ingin tahu, saya akan jumpa beliau, beliau nak serang siapa dalam perkara ini.

IKLAN

Akmal Saleh lepas jawatan demi fokus lawan DAP

Akmal Saleh

Sebelum ini, Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi membolehkan dirinya memberi fokus sepenuhnya kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.

Kerjasama politik perlu ikut saluran parti

Zahid Hamidi

Mengulas cadangan dan pandangan berkaitan hala tuju kerjasama politik, Ahmad Zahid menegaskan bahawa semua perkara itu perlu dibincangkan melalui saluran rasmi parti.

Itu cadangan dan saranan, tetapi keputusan muktamad datang daripada kepimpinan atasan UMNO, khususnya Majlis Tertinggi

Boleh kemukakan pandangan dalam Majlis Tertinggi apabila kita adakan mesyuarat kelak.

Pssttt! Dalam politik, keberanian bersuara itu penting, tetapi perbincangan berlapik dan ikut saluran parti lebih menjamin kestabilan dan kepercayaan rakyat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas