Connect with us

Oh! Media

young syefura

Oh! Negara

Young Syefura Akhirnya Bersuara Isu Plaza Tol Genting Highlands

Naik Genting Highlands pun nak kenakan caj tol ke? Beragaklah… Sebelum ni ohmedia ada kongsikan satu gambar yang menunjukkan satu pembinaan di atas Genting dan rata-rata menjangkakan ia tempat mengutip tol daripada pengunjung. YB Young Syefura pun dah bersuara juga tu…

Dakwaan netizen itu ternyata benar selepas jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd menyatakan merekalah yang akan mengendalikan kutipan tol itu nanti.

IKLAN

Namun, rupa-rupanya pembinaan plaza tol ni tidak diketahui langsung oleh pihak kerajaan negeri Pahang Memetik laporan New Straits Times, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata pihak Genting tidak pernah membangkitkan atau membincangkan pembinaan tol ni semasa mesyuarat exco negeri.

Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol. Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu. Biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu.

Young Syefura beri penjelasan mengenai plaza tol Genting…

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura turut memberikan respon di aplikasi X Ohmedia mengenai isu ini.

Sejak 13 Oktober, lepas saya dah check dengan JKR dan LLM mengenai isu ini, pihak faderal tidak dimaklumkan apa-apa mengenai pembinaan tol ini.

Malah pihak MPB beritahu tak dimaklumkan. Jalan ini memang jalan private yang diuruskan oleh pihak Genting namun seharusnya pemakluman dan pemohonan perlu ada.

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas