Connect with us

Oh! Media

UMNO Akan Buat Laporan Polis, Dakwa Kenyataan Lim Kit Siang Melampau

Lim

Oh! Negara

UMNO Akan Buat Laporan Polis, Dakwa Kenyataan Lim Kit Siang Melampau

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa melaporkan akan membuat satu laporan polis selepas mendakwa Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang telah menghina agama islam berdasarkan kenyataan beliau.

Hal ini berlaku kerana mereka berpendapat tulisan terbaharu Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menerusi blognya berkenaan ‘Kerajaan Allah’ sebagai sebuah penghinaan terhadap islam dan mampu mengundang perbalahan antara kaum serta agama.

Ketua pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tulisan yang dibuat itu bersifat penghinaan dan bertujuan untuk mengelirukan perspektif orang ramai terhadap islam.

IKLAN

Lim Kit Siang melalui hantarannya di laman Facebook miliknya telah berkongsi sebuah artikel berserta kenyataan yang menulis berkaitan ‘Kerajaan Allah’

Jika ‘Kerajaan Allah’ merupakan sebaik-baik kerajaan dalam pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam dalam indeks normal global. Ekonomi kehilangan negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai ‘Kerajaan Allah’.

Menurutnya lagi, kenyataan yang ditulis Kit Siang itu adalah sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara jelas tidak selari dengan kenyataan dibuat pemimpin Pas itu.

Bagaimanapun respon beliau langsung tidak selari dengan kenyataan Abdul Hadi mengenai ‘Kerajaan Allah’.

Abdul Hadi tidak pernah berkata kerajaan Malaysia hari ini adalah ‘Kerajaan Allah’ seperti mana yang cuba digambarkan Kit Siang,

Nazir Hussin turut berkata, kenyataan itu jelas bertujuan untuk mewujudkan kebencian serta menghina agama tersebut.

Sangat jelas kenyataan Kit Siang ini bertujuan mewujudkan kebencian dan mengheret orang bukan Islam untuk mempermain dan menghina agama Islam.

Ia adalah amat mustahil bagi Kit Siang yang telah lama menjadi wakil rakyat tetapi masih tidak memahami ayat-ayat mudah dari Datuk Seri Abdul Hadi.

Berhubung dengan kejadian itu, Pemuda Umno Titiwangsa menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Lim Kit Siang selain turut menggesa untuk memadam artikelnya bagi mengelakkan sebarang konflik perkauman tercetus.

Tambahnya lagi, satu laporan polis akan dibuat segera bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas Lim Kit Siang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Faceabook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas