Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Lihat Orang Melayu Jadi Miskin Selepas Letak Jawatan Sebagai PM

Tun mahathir orang melayu miskin ohmedia

Oh! Negara

Tun Mahathir Lihat Orang Melayu Jadi Miskin Selepas Letak Jawatan Sebagai PM

Sudah lama rasanya Ohmedia tidak menulis mengenai bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Baru-baru ini Tun Mahathir dalam satu kenyataan melihat orang melayu semakin miskin selepas beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini dikeluarkan Tun M bagi menjawab tuduhan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau hanya menggunakan kedudukan untuk membolot kekayaan.

Saya ingin dapat bukti daripada Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya.

Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU14. Tetapi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.

Tun Mahathir

PMX, Anwar Ibrahim sebelum ini berucap di Kongres PKR dan ada menyebut seseorang berkuasa selama 22 tahun dan dicampur 22 bulan yang kemudian mendakwa orang itu kaut kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga.

IKLAN

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas