Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur kembali mengundang perhatian ramai. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut terpanggil untuk melihat isu ini dan menggesa pihak yang terlibat ketika era pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tampil beri penjelasan.
Menurut beliau, walaupun perkara ini sudah lama berlaku, ia masih meninggalkan banyak persoalan, apatah lagi bila ia melibatkan nasib penduduk yang didakwa dipinggirkan demi pembangunan.
Ini (isu) dah lama, jadi saya ingat ia perlu penjelasan daripada pihak berkenaan, pada waktu itu. Sebab ini legasi yang wujud sejak bertahun-tahun sebelumnya.
Saya sendiri secara peribadi (rasa) kita perlukan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut, apa yang berlaku pada tempoh tersebut perlu penjelasan lanjut.- Katanya.
Tuan Ibrahim bukan datang sorang, sebaliknya hadir bersama 22 lagi Ahli Parlimen pembangkang dalam sesi taklimat bersama penduduk yang terkesan.
22 MP pembangkang turun padang, rakyat luah rasa kecewa…
Dalam sesi tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung, Zainab Alias tak mampu lagi menahan rasa kecewa. Nama-nama besar dalam politik turut disebut secara terbuka kerana didakwa menyebelahi pemaju.
Kami dah bagi tempoh berapa lama tiada siapa wakil rakyat pun jumpa kami, yang saya sedih YB Rina pun boleh sokong dengan pemaju, tanah kami dia sokong (pemaju), saya marah.
Saya sebut satu lagi nama menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Annuar Musa, selepas itu jumpa Shahidan Kassim.- Luahnya.
Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kezaliman terhadap orang Melayu bandar. Penduduk bukan saja dipaksa pindah, malah tawaran pampasan pun tak masuk akal.
Pampasan tak setimpal, nilai rumah jauh lebih tinggi…
Ia juga tentang hak orang Melayu di kawasan ini yang akan hilang. Kalau mereka setuju, mereka mungkin akan dapat sebuah rumah sebagai ganti, tapi yang jelasnya mereka dipaksa.
(Kalau) tak terima pergi mahkamah, berapa mahkamah putuskan itulah yang tinggal. Jumlah pampasan RM250,000 ke RM300,000 itu bukan nilai yang sebenar.- Kata Tuan Ibrahim.
Timbalan Presiden PAS ini turut memberikan anggaran rumah-rumah yang akan dibina di tanah ini akan mencecah RM800,000 hingga RM1 juta seunit.
#ApaKataOhmedia
Kalau ikut cerita ni, memang terasa pilu bila dengar jeritan hati penduduk yang kehilangan tempat tinggal sendiri atas nama pembangunan. Bukan mereka tak faham erti kemajuan, tapi biarlah adil dan berperikemanusiaan.
Pihak berkuasa perlu lebih peka dan telus dalam isu sebegini, sebab ia melibatkan nyawa, keluarga, dan masa depan masyarakat. Semoga suara penduduk Kampung Sungai Baru terus mendapat perhatian dan keadilan yang sewajarnya.
Kredit: Malaysiakini
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.